Testimoni Pengguna Alpha Lipid
Posted on July 22, 2010
Filed Under Testimoni | Leave a Comment
*Diambil dari broucher Alpha Lipid
KENCING MANIS
Mohamed Norawi(50 tahun) – Kota Bharu Kelantan
Beliau adalah pengidap kencing manis kronik(perlu injeksi insulin), tetapi setelah meminum Alpha Lipid selama 2 bulan, beliau tidak perlu lagi injeksi insulin.Tahap kencing manis beliau telah pulih dan stabil.
The world’s is unfair to OVERSIZE
Posted on July 17, 2010
Filed Under Diet, Overweight, SDII | Leave a Comment
Hari ini waktu aku tengah 5S email lama-lama, terjumpa pulak dengan video nie…
Elok-elok aku tengah tension, tersenyum sinis aku dibuatnya.
So apa tunggu lagi…
“The world is unfair to OVERSIZE”, jom ramai-ramai pakat minum SDII
5Kg dalam masa 2 minggu
Untuk pembelian, bolehlah hubungi aku.
Jualan Aplha Lipidku yang pertama
Posted on July 17, 2010
Filed Under Breakfast, Friends | 2 Comments
Minggu lepas, seorang dari rakan sekerjaku disyaki kena H1N1 tapi alhamdulillah tidak memudaratkan dan semakin sihat.
Aku selalu bermain futsal bersama-samanya dan agak sedih gak bila tengok badan lemah dan tak bermaya..
Umur 10 tahun lebih muda dari saya
Ini memgimbau kembali saat aku terlantar sakit dahulu.
So petang tu spontan je aku tegur dia
“Hang kena minum colostrum macam aku”
Keesokan harinya bagi flyer yang baru saya beli.
“En Hasmar, saya nak beli satu tin, bila boleh dapat?”
Ok..ok..Isnin aku bawak…
Alhamdulillah, niat berkongsi memberikan kelapangan rezeki untuk aku.
Aku nanti akan share testimoni beliau..
Andai ada ingin mencuba menukar sarapan pagi anda ke sesuatu yang menjaga kesihatan disamping peluang membantu insan-insan yang memerlukan, hubungilah saya…
Aku & Kau perlu tahu..
Posted on July 13, 2010
Filed Under Food Selection | Leave a Comment
Jika anda mempunyai banyak pilihan makananan, makanlah makanan yang dikukus sahaja setiap hari. Namun begitu, makan makanan yg berlemak masih boleh menurunkan berat badan anda kerana sebenarnya gula yang berlebihan didalam badan anda itu yang disimpan menjadi lemak. Pantang anda hanyalah karbohidrat dan gula.
Tiada yang susah dengan SD2. Hanya kita yang selalu menyusahkan diri sendiri dengan diet.
Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2.
Aku, Kimoterapi dan Ramadhan
Posted on July 13, 2010
Filed Under Ramadhan | Leave a Comment
Arwah ayah selalu berpesan mengingatkan kami yang ugama Islam ini adalah ugama yang mudah.Tidak sama sekali membebankan umat2nya.
Bahkan solat pun boleh dilakukan dengan aturan yang berbeza2 mengikut kekuatan umatNYA.
Ramadhan 1429, aku perlu mengharungi kimoterapi sessi ke-3
Seperti biasa setiap Jumaat, aku akan pergi untuk mengambil darah dan pada Isninnya akan dimaksudkan kedalam wad
Kesan kimoterapi yang panas dalam, memerlukan aku minum banyak air kosong sebelum dan selepas sessi kimoterapi.
Disaat umat2 Islam yang lain menjalani ibadah Ramadhan, aku dihospital dengan tangan yang dicucuk ubat kimoterapi.
Selepas 5 hari dihospital, pulang ke rumah aku tekad untuk menguji kekuatan diri dengan terus menunaikan puasa.
Arwah ayah tegur….kalau memudaratkan, tak perlu puasa..nanti dah sihat ganti.
Takpelah ayah, amai nak puasa juga kerana amai yakin amai mampu melaksanakan ibadah ini.
Menunaikan ramadhan dengan bibir dan gusi yang pecah akibat kimoterapi membuatkan aku kuat semangat dan sentiasa memikirkan kesukaran umat2 Islam yang lain dalam menunaikan ibadah ini.
Puasa adalah untuk ALLAH.
Hanya bibir dan gusi yang pecah, takkan aku nak mengalah…
Ada lagi insan yang menjalani ibadah puasa ini dengan ujian dan cabaran yang lebih HEBAT dari ku…
Pembeli pertama SDII denganku…
Posted on July 13, 2010
Filed Under Diet | Leave a Comment
Adik perempuan ku pernah melafazkan ini padaku
“Bang Mai, aku kagum dengan kau coz kau tidak mudah putus asa dan selalu berusaha untuk mengubah kehidupankan kau demi keluarga kau”
Apabila ustazah tempat aku mengaji mencadangkan aku menukar sarapan pagiku dengan Alpha Lipid demi untuk penjagaan ususku..aku terima dengan hati yang terbuka.
Aku beli 1 tin dan terus daftar sebagai ahli
Disamping dapat beli dengan harga pengedar, aku pun dapat peluang meniaga…
Selepas 3 hari aku tukar style sarapan pagi aku, tiba2 rakan sekerja inform yang sekarang nie dia tengah diet…
So secara spontan je aku rekomen SD II
Kalau rezeki ALLAH tetapkan buat kita, buat macam mana pun dapat kat kita…
Dia terus setuju nak minum dan petang tu juga aku belikan untuk dia..
Tapi dia belum try lagi cause sekarang “cuti perempuan”.
Next week kita sama-sama tunggu maklum balasnya
RM144 (Semenanjung Malaysia) RM153(Sabah/Sarawak)
420g
Untuk pembelian boleh hubungi aku di:-
019-3169174 / 012-9747854
Email : cimai74@gmail.com
Kimoterapi dan Sokongan Anak-Anak
Posted on July 11, 2010
Filed Under Chemotheraphy, Children, Me & Lifes | Leave a Comment
Selepas 2 bulan menjalani kimoterapi, kulitku mulai hitam kesan dari radioaktif yang disuntik kedalam darahku.
Bibir2 pecah kerana kepanasan dalaman dan hanya airmata kesakitan mengiringi setiap kali aku ingin menjamu selera kerana kepedihan yang melampau didalam mulut.
Safiyah Ardini kini semakin dewasa dan comel
Abang2nya pun semakin membesar..
Sewaktu isteriku menjaga aku dihospital selama 2 bulan, kecekalan anak-anak mengharungi kehidupan tanpa ibu dan bapa disisinya membuatkan aku menghormati semangat dan kecekalan mereka.
Bahkan Safiyah Ardini dibela oleh makcikku dan sekali sekala membawa anak kecil ini kehospital untuk disusukan.
Rambut2ku mulai gugur dan jarang2 kesan dari kimoterapi ini..
Namun semangatku tetap kuat…
Bahkan sewaktu kimoterapi ketiga, setiap hari aku memohon cuti balik kerumah pada doktor kerana duduk dihospital agak membosankan kerana aku boleh berjalan.
Setiap kali selepas suntikan kimoterapi memasuki tubuh ini, 20 minit selepas itu aku akan minta balik.
Kerana kesempitan wang, aku berjalan kaki ke Hentian LRT Titiwangsa yang hampir 3km dari hospital untuk pulang kerumah arwah bapaku di Bandar Tun Razak.
Setiap 3 minggu itulah aku akan meninggalkan isteri dan anak-anak untuk rawatan kimoterapi.
Bila berada dirumah, keseronokan hanyalah bersama isteri dan anak-anak
Aku lupakan seketika sengsara kimoterapiku..
Hisyam, Hairie, Hariz, Haqim dan Safiyah Ardini…..Ayah sayang pada korang semua.
Ayatwati, isteri yang benar-benar baik dan tabah menjagaku..
Walaupun saat itu masih didalam pantang…

Aku dan Kimoterapi
Posted on July 11, 2010
Filed Under Aku, Chemotheraphy | Leave a Comment
Selepas pembedahan, jauh disudut hatiku berkata…selesai sudah episod ujian keimanan dan kesabaran ini.
Namun sewaktu doktor memaklumkan yang aku perlu melalui kimoterapi…aku terkedu…
Benda apakah ini?
Temujanji ditetapkan untuk aku bertemu doktor pakar di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Ditemani oleh kakakku yang mengorbankan cuti satu-satunya adik lelaki..aku ditetapkan bersama Doktor Norshidah.
Beliau memaklumkan aku perlu melalui kimoterapi selama 6 bulan dan 5 hari setiap bulan…
Aduh!, bagaimana dengan kerja aku…
Sekali lagi dengan bantuan kakakku, doktor Sony telah mengeluarkan surat Prolong Leave bergaji selama 6 bulan untuk aku menjalani kimoterapi ini.
Bagaimanakah rasanya…?
Apakah jenis pemeriksaannya…?
Aku kini berserah demi untuk sembuh dan meneruskan kehidupan dan melihat anak-anak membesar….
Aku, July dan Sarapan Baruku
Posted on July 10, 2010
Filed Under Breakfast | Leave a Comment
Sebelum aku menulis tentang perjalanan kimoterapiku yang begitu menyeksa kekuatan jasmani dan rohani.Aku ingin berkongsi sedikit supplement yang sedang aku amalkan untuk meningkat kekuatan antibodi dalam diri.
Sarapan pagiku kini telah mengucapkan selamat kepada TEH-O yang sering disediakan oleh isteri tersayang.
Kini sarapan pagiku diiringi dengan segelas colostrum ALPHA LIPID
Top Selling product dinegara pengeluar terbesar tenusu – New Zealand
Kini aku lebih cergas dengan kegiatan harian dan kerja dipejabat.

Ingin menukar sarapan anda kepada sesuatu yang lebih kepada kesihatan
Hubungi saya di talian : 019-3169174 / 012-9747854
Saya juga sedang mencari rakan-rakan niaga untuk bersama-sama membantu insan-insan yang perlukan kesihatan unggul didalam hidup
Kronologi Kanser Usus Hasmar Bin Ramley
Posted on July 10, 2010
Filed Under Aku | Comments Off
Inilah episod yang dimaksudkan menguji keimanan dan kesabaran dalam kehidupan
Kronologi Kanser Usus Hasmar Bin Ramley
28/5/2007 – Diserang muntah-muntah dan sakit perut yang pedih dimana perut rasa seperti terbakar.Mendapatkan rawatan diklinik panel berdekatan rumah
31/5/2007 – Pergi ke hospital Serdang untuk pemeriksaan
Doktor memaklumkan kemungkinan petanda awal penyakit gastrik
Diberikan ubat gastrik
Sekadar mendapat rawatan pesakit luar.
05/6/2007 – Mendapat surat dari doktor Sony klinik dan sekali lagi ke Hospital Serdang
Juga dimaklumkan petanda awal gastrik dan diberi ubat baru , tetapi saya memohon untuk berjumpa doktor pakar Hospital Serdang
Temujanji dibuat untuk hadir pada 26/06/2007
08/6/2007 – Mendapat surat dari klinik panel berhampiran rumah.
Mendapatkan rawatan pakar selepas kecewa dengan response hospital kerajaan.
Terus ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut (Hospital Pakar An-Nur)
Menjalani pemeriksaan Ultrasound di Seremban
Keputusan pemeriksaan menunjukkan banyak angin pada usus kecil
11/6/2007 – Pemeriksaan CT Scan di KPJ Kajang
Mendapat maklumbalas dari doktor pakar yang usus kecil banyak angin dan bengkak.
Doktor menyarankan pembedahan bagi melihat punca sebenar penyakit.
Pembedahan diberi nama “Exploration Operation”.
Pembedahan dilaksanakan dan saya dimaklumka :-
a) Apendiks melekat pada usus dan doktor buang apendiks
b) Usus kecil mengandungi banyak air dan doktor picit untuk mengeluarkan air bagi mengecilkan kembali usus kecil.
17/6/2007 – 6 hari selepas pembedahan , keadaan perut masih menunjukkan pemulihan yang tidak memuaskan.
Doktor juga menyatakan kebimbangan beliau kerana beliau takut
ada sesuatu yang dia tidak perasan sewaktu pembedahan.
Pada malam tersebut , terasa ingin membuang air besar dan semasa proses tersebut tiada najis yang keluar , sebaliknya darah yang agak banyak keluar.
18/6/2007 – Memaklumkan kepada doktor dan telah diaturkan satu pemeriksaan yang dikenali sebagai Barium di KPJ Kajang.
Pemeriksaan mendapati terdapat sekatan dalam usus besar yang menandakan kebarangkalian Kanser Usus.
Terpaksa memohon untuk ditukarkan ke Hospital kerajaan kerana bil An-Nur telah melebihi dari nilai yang ditanggung oleh ING (Insuran Syarikat).
ING Coverage : RM 9,000
Bil An-Nur : RM 13,179.75
19/6/2007 – Dihantar ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke Wad 6C
22/6/2007 – Pembedahan untuk pembuangan kanser usus dilakukan selama 4 jam.
Selesai pembedahan dimasukkan ke ICU kerana keadaan tidak stabil.
Penyakit yang dikesan : Transverse Colon Cancer.
25/6/2007 – Dimasukkan ke wad biasa ke ICU
27/7/2007 – Discharge dari Hospital Serdang dan perlu datang untuk rawatan susulan.


